Blog Sebagai Mesin Duit

12:23 AM Dayang Deno 6 Comments

Di dalam dunia moden sekarang, buat duit dengan blog bukan lagi satu perkara yang asing bagi orang ramai. Ramai yang menyedari bahawa dengan menulis melalui blog, mereka boleh menjana pendapatan walaupun hanya berada di rumah atau di mana sahaja. Ada juga berjaya menjana pendapatan 4 atau 5 angka setiap sebulan hanya dengan menggunakan blog. Hebat kan?

Blog boleh menjadi "mesin duit" yang dapat memberikan anda pendapatan yang lumayan jika kena dengan caranya

Apa yang boleh dilakukan?

Strategi promosi
Untuk buat duit, strategi promosi ini sangat penting. Tujuan promosi ialah untuk membawa lebih ramai pelawat ke blog dan ianya dapat membantu meningkatkan trafik blog anda. Pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan blog.

Antara beberapa cara promosi blog :

1-Bertukar link dengan blog lain
Anda boleh berhubungan dengan blog lain dengan cara bertukar-tukar link bersama mereka. Ini merupakan salah satu cara promosi yang sangat baik

2-Kunjungi  dan komen blog lain
Anda perlu pandai bahagikan masa untuk mengunjungi blog-blog lain (blogwalking) dan memberikan komen pada penulisan blogger lain. Lebih banyak anda komen, lebih ramai blogger yang tahu kewujudan blog anda.

3-Facebook 
Jika anda pengguna facebook, anda boleh letakkan link blog anda di wall facebook anda dan link tersebut akan dilihat oleh rakan-rakan anda. Anda juga boleh mempromosikan link blog anda di group-group blogger yang terdapat di facebook. Ramai blogger yang menggunakan facebook sebagai tempat mempromosikan blog mereka.

4-Website Ping
Ini juga adalah satu cara untuk mempromosikan blog anda. Anda boleh kongsikan link blog di website ping seperti busuk.org, ohbelog, guablog, kartikel dan sebagainya.

4-Laman web sosial
Selain facebook, anda boleh menggunakan laman web sosial yang lain seperti twitter, myspace, youtube dan sebagainya. Ia juga cara berkesan untuk anda membuat duit secara talian

Strategi Jualan

Buat blog dan dan ruangan iklan
Setelah anda mahir dengan strategi di atas, sekarang apa yang perlu anda lakukan adalah mengemaskini blog dan menyediakan ruangan iklan bagi memudahkan proses sewa iklan dan sebagainya. Cara ini memang sering digunakan oleh blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan dan menyewakan kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. 

Bagi sesebuah blog yang popular, pengiklan sangat berminat dengan mereka. Apa yang penulis perlu buat ialah cuma menarik trafik yang tinggi untuk mengunjungi blog mereka sahaja.

Buat blog dan monitize
Monitize merupakan teknik di mana penulis blog hanya perlu buat blog dan pasangkan iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan  luar negara.  Terdapat pelbagai pengiklan yang boleh dipilih sekarang  ini dan mereka akan membayar setimpal dengan usaha anda. Yang paling popular yang diketahu ramai ialah Adsense (daripada google), Nuffnang dan sebagainya.

#Anda boleh bina blog di www.blogger.com



6 comments:

  1. hmm, bagus !
    ramai yang tak tahu, blog sebenarnya boleh menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  2. nice entri... ramai yang tahu blog boleh jadi sumber pendapatan... tapi ramai yang tak tahu bagaimana melakukannya dengan betul...

    ReplyDelete
  3. belajar dulu sikit-sikit dalam lama jadi bukit :)

    ReplyDelete