Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

2:07 AM Dayang Deno 0 Comments




Tayangan : ASTRO Mustika HD (CH 134)
Hari : Isnin - Rabu
Masa : 10 malam
Adaptasi : Novel Bukan Kerana AKu Tak Cinta Karya Eman SUfi

Pelakon:
Nelydia senrose-Hannah Mastura
Sharnaaz Ahmad- Jebat Foo
Iqram Dinzly- 
Jalaludin Hassan
Lisdawati.

Sinopsis:
Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! 




0 SLE Supporters :):